Panduan Memohon Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40 Sebulan Tahun 2021



Program ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar bagi membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada ketua isi rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih

Bantuan ini adalah selaras daripada hasrat kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.

PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40 SEBULAN

Bermula pada 2 Januari 2021, sistem e-Kasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. 

Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan RM1,169 dan ke bawah.

Untuk pengetahuan anda, Program Rebat Bil Elektrik RM40 sebulan adalah program baru yang telah diumumkan oleh kerajaan dengan menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang sudah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga 2018.

BANTUAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK 2021

Melalui program ini, pengguna elektrik yang layak akan mendapat:
  • Bil elektrik percuma sehingga RM40 untuk setiap bulan
  • Program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
  • Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar)
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna
Kepada yang berkelayakan seperti di atas, anda boleh membuat semakan melalui portal https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php

Bantuan ini hanya kepada golongan miskin tegar yang berdaftar dan sudah disahkan di dalam sistem e-Kasih.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi maklumat mengenai Bantuan Program Rebat Elektrik RM40, anda boleh melayari https://drive.google.com/file/d/16OLB2ftQsxs6rA-SB25Ifj6Pw25i6pso/view atau menghubungi terus di talian seperti di bawah:

MyGCC : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111





Post a Comment

2 Comments