Panduan Membuat Permohonan RM600 Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Tingkatan 1 & 4 2021



Di zaman pandemik yang berlarutan sejak tahun lalu lagi, ramai golongan yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 ini. Untuk makluman anda, yayasan pahang telah memperkenalkan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) untuk membantu murid yang bersekolah di sekolah menegah kebangsaan (SMK) di kawasan pahang sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah lama di diperkenalkan sejak tahun 1985 lagi. Bantuan ini akan diberikan kepada anak-anak sekolah yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan negeri Pahang.

JUMLAH BANTUAN
  • Jumlah bantuan bagi Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) adalah berjumlah RM600
TARIKH UNTUK MEMOHON
  • Tarikh untuk memohon boleh dibuat pada 1 Mac sehingga 30 April

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau Bapa Warganegara Malaysia
  • Pemohon / Ibu / Bapa lahir di negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan Ibu Bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  • Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2021 sahaja layak memohon.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Baca dengan teliti tentang cara untuk membuat permohonan biasiswa ini
  • Dapatkan Borang Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  • Sila isikan maklumat yang diminta dalam borang tersebut.
  • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula ke pejabat sekolah masing-masing
  • Pihak sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada pihak Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohonan secara online di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mengemukakan tentang sebarang pertanyaa, anda boleh menghubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau terus melayari laman web rasmi http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/


Post a Comment

0 Comments