Kriteria Permohonan Baharu & Panduan Menukar Jumlah i-Sinar (8 Mac 2021)



Adakah sebelum ini kriteria permohonan i-Sinar terlalu susah untuk diterima rakyat? berita baik kepada semua pemohon, Mulai 8 Mac 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyatakan bahawa kriteria permohonan i-Sinar akan dimasuhkan pada Februari lalu.

SYARAT KELAYAKAN BAHARU PERMOHONAN I-SINAR

Berikut adalah penambahbaikan kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar bermula pada 8 Mac 2021. 
  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur 55 tahun dan ke bawah
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150
PERMOHONAN BAHARU I-SINAR
  • Permohonan baharu boleh dilakukan bermula pada 8 Mac 2021 menerusi portal https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request
  • Sebelum melakukan permohonan baharu, anda dikehendaki untuk menyemak baki simpanan pada akaun 1 KWSP secara atas talian menerusi portal i-Akaun atau mana-mana cawangan KWSP berdekatan

BAGAIMANA UNTUK MENUKAR PENGELUARAN AMAUN I-SINAR?
  1. Layari portal https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik pada "PINDAAN PENGELUARAN"
  2. Sila masukkan nombor IC & nombor TELEFON yang sudah didaftarkan dan klik pada "teruskan"
  3. Bagi membuat pemindaan alamat, sila klik pada "Alamat Surat Menyurat"
  4. Bagi pemindahan amaun, klik pada "Amaun Dipohon"
  5. Sila tetapkan amaun pilihan yang baharu
  6. Bagi meminda maklumat bayaran, klik pada "Maklumat Bayaran"
  7. Sila pilih bank & masukkan nombor akaun bank yang baharu
  8. Klik pada "Teruskan" bagi meneruskan proses permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi HOTLINE khas i-Sinar di 03 - 8922 4848 atau layari portal https://isinar.kwsp.gov.my/faq

Post a Comment

0 Comments