PPR 2021: Cara Membuat Permohonan Online PPR Disewa Di Negeri Sabah, Labuan & Kedah



Permohonan PPR 2021 online menggunakan cara yang sama dengan cara permohonan PPR 2020 lalu. Kepada sesiapa yang belum tahu langkah-langkah untuk memohon. Sila baca dengan teliti dan fahami sebelum melakukan sebarang permohonan.

Permohonan boleh dibuat melalui portal TEDUH dimana anda boleh mendapatkan senarai-senarai projek serta program-program perumahan awam kerajaan dan swasta yang terdapat di Malaysia.

PORTAL TEDUH 

TEDUH merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan Skim PPR disewa:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Pemohon hendaklah mengikuti syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan Skim PPR dimiliki:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Pemohon hendaklah mengikuti syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan Skim Prima:
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang/berkahwin atau berumur 21 tahun ke atas
  • Prima ada pembelian rumah pertama atau kedua
  • Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
  1. Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.


PENGESAHAN
  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.
Semoga info ini bermanfaat bagi kepada sesiapa yang ingin memiliki rumah. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments