i-Lestari 2021: Permohonan Baharu i-Lestari KWSP RM50 Sehingga RM500 Sebulan


Tempoh pengeluaran i-Lestari KWSP berkuatkuasa pada tempoh 1 April 2020 sehingga 3 Mac 2021. Ini bermakna, kepada ahli KWSP, anda boleh membuat pengeluaran i-Lestari anda.

Kepada yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari, kami akan kongsikan cara mudah bagi membuat pengeluaran i-Lestari secara atas talian.

Kepada pemohon i-Sinar yang tidak lulus, anda boleh membuat pengeluaran i-Lestari yang berjumlah daripada RM50 sehingga RM500.

TARIKH/JUMLAH PENGELUARAN I-LESTARI

Tarikh pengeluaran : sehingga 31 Mac 2021
Jumlah yang boleh dikeluarkan : RM50 sehingga RM500

PANDUAN PERMOHONAN BAHARU I-LESTARI KWSP

Berikut adalah panduan atau cara-cara untuk membuat permohonan baharu i-Lestari KWSP 2021 secara atas talian:
  • Layari laman web ilestari.kwsp.
  • Klik "PERMOHONAN BAHARU"
  • Isikan Nama Penuh, No Mykad, No Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
  • Pilih jumlah amaun dimohon sebulan (RM)
  • Pilih Bank dan Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
  • Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
  • Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
  • Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
  • Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar

INFO TAMBAHAN
  • Pastikan anda mengisi maklumat dengan tepat & betul sebelum menghantar permohonan. MAKLUMAT tidak dapat ditukar selepas menghantar permohonan.
  • Selepas itu, semakan anda boleh dibuat selepas tempoh 2 hari daripada tempoh membuat permohonan

SEMAKAN STATUS 
  • Masuk ke laman web i-Lestari
  • Pilih "Semak Permohonan"
  • Sila masukkan nombor telefon & Mykad
  • Klik pada butang semak
  • Status permohonan anda kan dipaparkan


Berikut di atas adalah cara untuk membuat permohonan i-Lestari KWSP dan cara membuat semakan status permohonan. 

Semoga berjaya!



Post a Comment

0 Comments