TERKINI: Status Permohonan Bagi Kemudahan i-Sinar Akan Diberikan Kelulusan Bermula (8 Mac 2021)




Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan di laman facebook mereka di mana pencarum yang sudah melakukan permohonan bagi kemudahan i-Sinar kategori 2 boleh menyemak status kelayakan & pembayaran bermula 8 Mac 2021. 

Selain itu, KWSP juga memaklumkan tentang kelulusan automatik kepada pencarum yang membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar selepas 8 Mac 2021.

Tambahan pula, KWSP berkata dalam laman facebook mereka bahawa:
Kami menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang pembaharuan sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online dilaksanakan.
JADUAL PEMBAYARAN

Jumlah yang pengeluaran daripada i-Sinar dan jadual pembayaran adalah sama seperti sebelum ini di mana maksimum selama 6 bulan akan dikekalkan.

"Kepada ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 ke bawah dalam akaun 1, mereka boleh melakukan pengeluaran sebanyak RM10,000," Katanya.

Selain itu, pembayaran juga akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan daripada bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

KWSP berkata bahwa, ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam akaun 1 mempunyai akses dalam jumlah pengeluaran sebanyak 10%

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum hanya boleh dilakukan sebanyak RM60,000. Oleh itu, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum yang telah ditetapkan selama 6 bulan dengan bayaran pertama berjumlah maksimum sehingga RM10,000.

TIADA LAGI PEMBAYARAN INTERIM RM1,000

KWSP berkata, pemansuhan kriteria i-Sinar itu juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lalu akan dihentikan.

"KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

"Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

"Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion sudah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli," katanya.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi maklumat lanjut tentang pertanyaan kemudahan i-Sinar, anda boleh menghubungi hotline i-Sinar 03 - 8922 4848 atau; 

Melayari portal https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Post a Comment

0 Comments