Cara Membuat Permohonan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021 Bagi Golongan B40



OBJEKTIF PROGRAM RMR

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan B40 yang mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa khusunya kepada golongan yang berpendapatan rendah, petani dan keluarga yang miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif).

CIRI-CIRI PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)


SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON 
  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.0
  4. Pemohon/Pasangan yang tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang (tidak sempurna).
  5. Tanah/tapak yang bersesuaian & bebas daripada gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukanlah kepada tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah tersebut.
  6. Keluasan tanah mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
REKA BENTUK BAHARU BAGI RMR 1,000KPS (SEMENANJUNG MALAYSIA)

REKA BENTUK BAHARU BAGI RMR850KPS (PULAU SEMENANJUNG MALAYSIA)

REKA BENTUK BAHARU BAGI RMR750KPS (SABAH & SARAWAK)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE RMR 2021
  1. Layari http://rmr.spnbonline.com.my.
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran/Login dengan lengkap.
  3. Log masuk ke laman utama dengan menggunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  4. Lengkapkan borang online dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.
  5. Setelah selesai mengisi borang online, Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
  6. Sila hantar borang beserta dokumen ke mana-mana pejabat SPNB yang berdekatan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila rujuk dibawah bagi dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (Jika Berkenaan)
  2. Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon Kedua (Jika Berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan Sijil Carian Rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru 
  5. Slip gaji terkini (3bulan) / Surat Akuan Sumpah pendapatan / Surat Pengesahan Pendapatan pemohon / pemohon kedua* 
  6. Surat Akuan Sumpah / Surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang* 
  7. Surat Akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang Laporan Tapak Bergambar
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
  1. Mengisi & melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air & elektrik
  4. Membuat penyambung bekalan utama ke bangunan
  5. Membuka akaun & membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)
SOALAN LAZIM

1) Dimanakah borang RMR boleh diperolehi?
  • Melalui laman sesawang SPNB / Pejabat SPNB Negeri
2) Apakah yang perlu dibuat jika terlupa password?
  • Sila hubungi SPNB di talian 03-26815555 (Unit Rumah Mesra Rakyat) / Pejabat SPNB Negeri
3) Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah? 
  • Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan. 
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat. 
4) Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?
  • Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.
5) Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?
  • Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran
6) Apakah sebab permohonan di tolak?

Antara sebab utama permohonan di tolak adalah : 
i. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan 
ii. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik 
iii. Tapak cadangan tidak sesuai 
iv. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan 

7) Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air / elektrik?
  • Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.
8) Bolehkah rumah diubahsuai?
  • Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
9) Bagaimana membuat pembayaran bulanan?
  • Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat SPNB Negeri juga boleh dilakukan.
10) Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?
  • Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jika tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Post a Comment

0 Comments