Panduan Permohonan i-Sinar Kategori 2 Besertakan Dokumen Sokongan Diperlukan Dibuka 11 Januari 2021 - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Sunday, January 10, 2021

Panduan Permohonan i-Sinar Kategori 2 Besertakan Dokumen Sokongan Diperlukan Dibuka 11 Januari 2021



Cara Mohon i-Sinar Kategori 2 Dengan Dokumen Sokongan Bagi Yang Tidak Layak Kategori 1

Tahniah sekiranya anda lulus! Pemohon yang lulus hanya perlu tunggu bayaran pertama dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing pada tarikh bayaran pertama i-Sinar kategori 1 yang ditetapkan.

Bagi yang tidak lulus atau tidak layak memohon i-Sinar kategori 1, jangan risau kerana anda masih boleh mohon i-Sinar Kategori 2.

Siapa yang layak mohon i-Sinar kategori 2 dan bagaimana nak buat permohonan i-Sinar kategori 2? Ketahui jawapannya di perkongsian bawah.

Tarikh permohonan i-Sinar Kategori 2: 11 Januari 2021

PERMOHON YANG LAYAK MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2

Individu yang layak mohon i-Sinar Kategori 2 adalah:
  • Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas [jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa] 1 Mac 2020
  • Mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan i-Sinar Kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian; ATAU
  • Bukti pemotongan elaun; DAN / ATAU
  • Tuntutan kerja lebih masa
Kepada pemohon i-Sinar kategori 2 yang tidak mempunyai dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di atas, anda masih boleh untuk memohon i-Sinar kategori 2 dengan dokumen sokongan lain seperti
  • Notis diberhentikan kerja daripada majikan
  • Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
  • Notis potongan gaji dengan majikan
  • Notis potongan elaun daripada majikan
  • Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
  • Penyata akaun perniagaan / laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
  • Surat akaun pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji)
Menurut penjelasan CEO KWSP, belia juga menjelaskan bahawa individu yang tiada apa-apa dokumen sokongan juga boleh mohon i-Sinar KWSP

PANDUAN PERMOHOHAN I-SINAR KATEGORI 2

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan i-Sinar Kategori 2






PEMBAYARAN I-SINAR KATEGORI 2

Semakan status permohonan i-Sinar Kategori 2 dan bayaran adalah seperti berikut:
  • Status permohona i-Sinar Kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i-Sinar Kategori 2 anda diluluskan
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
  • Pembayaran bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan i-Sinar kategori 2 boleh dibuat dengan menghubungi pihak KWSP di talian 03 8922 6000






No comments:

Post a Comment