Panduan Membuat Semakan Status Kelulusan i-Sinar KWSP Secara Online & Jadual Pembayaran - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Tuesday, January 5, 2021

Panduan Membuat Semakan Status Kelulusan i-Sinar KWSP Secara Online & Jadual Pembayaran


Bagi ahli KWSP yang telah memohon untuk pengeluaran i-Sinar KWSP RM10k, anda boleh melakukan semakan status permohonan iSinar bermula Isnin, 4 Januari 2021.

Melalui semakan itu nanti, ahli bakal mengetahui samada permohonan i-Sinar LULUS atau GAGAL.

Hal ini penting bagi memastikan permohonan yang dibuat BERJAYA dan anda hanya perlu tunggu duit iSinar masuk melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN I-SINAR KWSP ONLINE

Semakan status kelulusan i-Sinar KWSP boleh dibuat bermula 4 Januari 2021.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-SINAR KWSP 2020 ONLINE 

1. Layari portal i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Masukan nombor KAD PENGENALAN MyKad/MyPR

3. Masukan NOMBOR TELEFON BIMBIT
4. TEKAN "SEMAK STATUS"
5. Status permohonan anda akan memaparkan sama ada LULUS/GAGAL

MEMBUAT SEMAKAN MELALUI SMS

Kepada yang LULUS, permohonan akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP

Tarikh pembayaran bulan pertama bagi kategori 1 i-Sinar KWSP dijangka akan bermula pada 11 Januari 2021. 

Manakala, pembayaran kategori 2 akan bermula pada Februari.

Jika anda perhatikan semasa membuat permohonan,ada ditetapkan jumlah bayaran bagi bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam.

Tetapi belum dimaklumkan tarikh pembayaran bulanan,hal ini kerana bayaran berdasarkan jenis bank ahli,ada bank yang cepat membuat pembayaran,ada yang lambat.Ia nya bergantung kepada jenis bank.

Baca soalan lazim di https://isinar.kwsp.gov.my/faq

No comments:

Post a Comment