KWSP : Permohonan Pengeluaran Akaun-1 Sehingga RM60,000 Kini Dibenarkan



KUALA LUMPUR 16 Nov: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal boleh memohon pendahuluan hingga RM60,000 daripada Akaun 1.

RASMI: PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN-1

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000, mereka boleh memohon pendahuluan hingga RM9,000, lapor Berita Harian.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020.

“Seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas. Jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala selama enam bulan” – Tunku Alizakri Alias

Manakala bagi baki simpanan Akaun 1 yang melebihi RM90k, bayaran pendahuluan bulan pertama adalah semaksimum RM10k.

Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada jadual yang disediakan di bawah.

Berikut merupakan kenyataan penuh KWSP:



Post a Comment

0 Comments