JEDDAH : Tular Sebuah Video Pemandu Tidak Waras Merempuh Pintu Masjidil Haram



JEDDAH: Satu rakaman dramatik memaparkan sebuah kereta yang dipandu laju merempuh pintu masuk Masjidil Haram, Mekah tular di media sosial hari ini.

Memetik laporan media antarabangsa, insiden mengejutkan itu berlaku di pintu 89 pada pukul 10 malam waktu tempatan.

Jurucakap Gabenor wilayah Mekah, Sultan al-Dosari berkata kenderaan tersebut dipandu laju di kawasan dataran selatan Masjidil Haram sebelum merempuh pagar di kompleks masjid.

Berikut adalah rakaman video sebuah kereta yang berjenama hyundai yang dipandu oleh orang tidak waras merempuh pintu Masjidil Haram.

Berdasarkan rakaman video, pemandu kenderaan jenis Hyundai itu kelihatan meluru ke arah bangunan tersebut sebelum melanggar pintu masuk, mengakibatkan pintu tersebut terbuka.

Anggota keselamatan dilihat bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menahan lelaki warga Arab Saudi itu untuk siasatan lanjut.

Pegawai penyiasat memaklumkan pemandu berkenaan berada "dalam keadaan tidak waras."

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber - Astro Awani

Post a Comment

0 Comments