BSHR : RAYUAN DIBUKA ! Cara Membuat Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Yang Gagal Atau Tidak Lulus - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Thursday, August 6, 2020

BSHR : RAYUAN DIBUKA ! Cara Membuat Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Yang Gagal Atau Tidak Lulus


RAYUAN BSH DIBUKA 7 OGOS SEHINGGA 6 SEPTEMBER

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ke 3 telah dilaksanakan pada 24 Julai yang lalu.

Kepada sesiapa yang tidak layak untuk bantuan ini, permohonan rayuan akan dibuka bermula pada 7 Ogos sehingga 6 September 2020.

Rayuan boleh dibuat di portal rasmi BSH Hasil atau secara terus ke cawangan-cawangan LHDNM yang berdekatan dengan lokasi pemohon.

Baca perkara di bawah untuk mengetahui tentang proses rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH)

PROSES/CARA UNTUK MEMBUAT RAYUAN BSH

Kepada pemohon yang tidak lulus atau gagal, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan pautan rasmi bsh seperti di bawah :

Untuk proses rayuan anda boleh terus ke :-
PENTING : Anda diminta untuk membawa dokumen-dokumen seperti di bawah :
  • Salinan MyKad
  • Salinan MyKad Pasangan
  • Penyata Gaji Terkini
  • Surat Status Perkahwinan
Anda tidak layak untuk membuat permohonan rayuan BSH 2020 sekiranya anda :
  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

MAKLUMAT LANJUT


Untuk sebarang pertanyaan, sila layari FAQ untuk Rayuan BSH rasmi. 

5 comments:

  1. Assalamualaikum tuan, saya dah pergi hari iaitu 7 hbln..tapi dia x blh buat apa, sdgkan dlm portal ni mengatakan blh buat rayuan dgn tidak lulus, saya tidak lulus sbb 2 saya pergi untuk kemaskini...ni yg mana 1 betul..

    ReplyDelete
  2. Bujang atas 40thn layak ..yg. Bawah 40 ye ni tak layak ..bawah 40 semua kaya raya ke,????noncent...

    ReplyDelete
  3. Kenapa bantuan oku saya tidak dapat sampai ke Hari ini

    ReplyDelete