Permohonan Online/Manual Bantuan Ibu Bersalin RM450 Negeri Sarawak 2020


PERMOHONAN BANTUAN RM450 UNTUK IBU BERSALIN 



Ini adalah berita baik buat ibu yang baru bersalin di Negeri Sarawak, Bantuan RM450 akan diberikan kepada pemohon melalui Program Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Negeri Sarawak.

Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan tentang bantuan berjumlah RM450 kepada setiap ibu yang baru bersalin di Negeri Sarawak.

(BIB) atau Bantuan Ibu Bersalin yang akan dibuka bermula pada 1 Januari 2020 dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin






CARA MEMOHON 

Ada 2 kaedah untuk melakukan permohonan sama ada : 
  1. Permohonan secara online : Permohonan Online boleh di buat melalui portal Bantuan Ibu Bersalin 2020. Kepada semua pemohon, anda diminta untuk mengisi e-mel terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.
  2. Permohonan secara manual : Permohonan Manual boleh dilakukan dengan memuat turun Borang Bantuan Ibu Bersalin 2020. Anda boleh mendapatkan borang permohonan dimana-mana Pejabat Kebajikan seperti Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (KWKPK).
Berikut merupakan carta aliran permohonan secara online dan manual dilakukan, sila klik Carta Aliran Permohonan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

PENTING : 
  • Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020
  • Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin
  • Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual
  • Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.




MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi alamat seperti di bawah :

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Telefon: 082-311340 / 082-311718
Emel: insentif.ibubersalin@gmail.com.

Anda juga boleh melayari laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak untuk maklumat lanjut di KWKPK SARAWAK.




Post a Comment

0 Comments