Skim Perumahan Belia BSN 2020, Terima Subsidi Bulanan Sehingga RM200 Selama 2 Tahun


PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2020



Golongan belia adalah salah satu golongan di Malaysia yang susah untuk mendapatkan rumah pertama mereka. Hal ini disebabkan kerana, komitmen yang amat tinggi, kos sara hidup yang tinggi dan berpendapatan rendah.

Oleh itu, kerajaan telah membuka Skim Perumahan Belia BSN ini bagi golongan belia sejak tahun 2018 lagi, tetapi tidak ramai yang tahu tentang Skim Perumahan ini.

Bantuan ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk membantu mereka membiayai hartanah yang hendak dibeli. Contoh rumah yang sudah siap, rumah subsale atau rumah yang tengah dalam pembinaan.

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN (SPB) 2020

Sejak 1 Januari 2020, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengambil alih untuk proses pengendalian Skim Perumahan Belia (SPB) ini sehingga 31 Disember 2021 yang menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10% melalui Cagamas agar mendapatkan pembiayaan secara penuh bagi skim ini. Bantuan ansuran bulanan juga diberikan kepada peminjam sebanyak RM200 sehingga 2 tahun pertama yang terhad kepada 10,000 unit rumah.




SUBSIDI RM200 SEBULAN SELAMA 2 TAHUN PERTAMA 

Skim ini menawarkan RM200 sebulan bagi secara ansuran selama 2 tahun pertama dan akan dikreditkan ke dalam akuan pelanggan.

Sebagai contoh jika bayaran bulanan rumah adalah sebanyak RM1500, peminjam hanya perlu membayar RM1300 sebulan dalam masa 2 tahun pertama.

Tetapi, skim ini adalah terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja dengan menggunakan konsep "siapa cepat dia dapat". Oleh itu, semua pemohon skim ini disarankan untuk segera melakukan semakan permohonan agar tidak terlepas dengan peluang ini.

KELEBIHAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN (SPB) 2020
  • Kemudahan ini menawarkan pembiayaan hartanah tidak kiralah kepada rumah yang sudah siap, rumah subsale atau rumah yang tengah dalam pembinaan.
  • Pengecualian duti setem sebanyak 100% atas dokumen pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
  • Memberikan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 bagi 2 tahun pertama yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pembiayaan pelanggan.
Skim ini sesuai untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000.

Tempoh pinjaman 5 tahun sehingga maksimam 35 tahun (tertakluk kepada had umur yang tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pinjaman)

Kadar faedah seperti berdasarkan portal rasmi BSN :
  • Antara kadar asas +0.60% hingga kadar asas +3.00%, bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pembeli.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun serta tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR +0.80%*.
  • Kadar asas BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).





SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 
  • Warganegara Malaysia
  • Belia yang sudah berkahwin
  • Berumur 25-40 tahun
  • Pendapatan isi rumah tak melebihi RM10,000
  • Pembeli rumah pertama sahaja
Pemohon perlu mengemukakan dokumen permohonan seperti : 
  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Surat Perjanjian Jual Beli/resit deposit/proforma pesanan pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/EC
Kepada yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen seperti berikut : 
  • Borang B/BE dan resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan surat penyata bank 6 bulan terkini
  • Dokumen-dokumen lain (jika berkenan atau perlu)
Permohonan boleh dilakukan dimana-mana cawangan BSN yang berdekatan 

Sila baca untuk maklumat lanjut dengan melayari Maklumat lanjut permohonan.

Post a Comment

0 Comments