Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Pembayaran Fasa 2 Akan Bermula 4 Mei - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Tuesday, April 28, 2020

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Pembayaran Fasa 2 Akan Bermula 4 Mei


PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Terkini PM mengumumkan pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.

Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.

Bayaran kedua BPN pula akan disalurkan bermula 4 Mei nanti membabitkan isi rumah / individu bujang B40 dan M40.

Menurut Menteri Kewangan, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bantuan BPN fasa pertama berjumlah RM5.47 bilion.

Sehingga 26 April, sebanyak 3.26 juta permohonan baru telah diterima.

2.96 juta daripadanya adalah permohonan baru dan 305,000 adalah rayuan.

Proses permohonan baru dan rayuan akan ditutup Khamis ini.

Jadual pembayaran seperti berikut:







Baca juga: Senarai Bantuan COVID-19 Daripada Kerajaan.


Penafian: Mkerjaya.com bukanlah media rasmi Kementerian Kewangan. Segala maklumat adalah berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan. Pastikan anda tidak tertipu dengan scammers yang cuba mencuri data anda. Kami hanya menyediakan maklumat terkini Bantuan Prihatin Nasional sebagai rujukan anda.

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.

Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.

SEMAKAN STATUS BPN

Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my.

Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/.

Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.

Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.

Untuk panduan menggunakan sistem BPN, anda boleh baca manual di sini.





SIAPA YANG LAYAK?

Berikut merupakan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.

Isi rumah B40


  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

KAEDAH PEMBAYARAN

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:


  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

CARA MOHON BPN 2020
Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.

Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.



Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Turut diumumkan penangguhan PTPTN dari 3 bulan kepada 6 bulan.

Selain itu, mySalam turut menyediakan bantuan RM50 sehari kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Penjawat awam dan pesara kerajaan turut diberikan bantuan RM500 pada April nanti.

Tarikh pembayaran setiap bantuan ini akan diumumkan nanti.

1 comment:

  1. saya log masuk dalam bpn nak tahu lulus atau tak lulus sahaja tapi dalam system selalu tulis dalam process . Saya suda tunggu 3minggu jawapan pun sama .
    Saya harap boleh dapat jawapan yang betul. TQ

    ReplyDelete