Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Akibat Covid-19 : Loan Kereta/Rumah/Persendirian


Selamat sejahtera kepada warganegara Malayasia.Tahukah anda? Sebanyak 20 bank telah membuka penawaran bayaran balik pinjaman selama 6 bulan kesan daripada penularan wabak Covid-19.

Yang perlu anda tahu adalah penangguhan bayaran ini tidak dilaksanakan dengan automatik.

Kami mkerjaya.com akan memberikan maklumat tentang penangguhan bayaran bagi rujukan anda sebelum membuat permohonan.

Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak Covid -19

Apakah dimaksudkan dengan moratium?

Moratium adalah penangguhan rasmi bayaran ansurans bulanan seperti pembayaran kereta & rumah kepada bank tetapi tidak di caj penalti mahupun denda.


Oleh itu, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi, rumah, kenderaan atau lain – lain selama 6 bulan.

Bayaran ansuran akan bersambung selepas tempoh moratorium tamat.




Bank Yang Terlibat

Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan ahli – ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak covid 19 ini.

Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka samada individu ataupun syarikat kecil dan sederhana adalah :

  • Bank Rakyat
  • SME Bank
  • TEKUN
  • Bank Simpanan Nasional
  • Public Bank dan Public Islamic Bank
  • RHB Bank dan RHB Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank dan Maybank Islamic
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad

Siapakah Yang Layak

  1. Individu yang terkesan akibat COVID-19 (Cuti tanpa gaji, diberhentikan)
  2. Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19
Dokumen Yang Diperlukan

Individu

  • Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
  • Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
  • Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)
Pemilik Perniagaan
  • Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
  • Pesanan yang telah dibatalkan
  • Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

Baca Juga : Bantuan RM600 untuk pekerja yang terpaksa cuti tanpa gaji

Cara Mohon Penangguhan Pembayaran Pinjaman




Dibawah ini dikongsikan maklumat institusi seperti nombor telefon bagi kemudahan anda. Sila telefon nombor bank yang anda ingin membuat penangguhan.

Institusi Kewangan Nombor untuk dihubungi

1. Association Of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) 03-20268002/8003
2. Affin Islamic Bank Berhad 03-82302222
3. Agrobank 1300-88-2476
4. Alliance Islamic Bank Berhad 03-55169988
5. AmBank Islamic Berhad 03-21788888
6. Bank Islam Malaysia Berhad 03-26900900
7. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1-300-88-8787
8. Bank Rakyat 1300-80-5454
9. Bank Pembangunan Malaysia Berhad 03-26113888
10. Bank Simpanan Nasional 1300-88-1900
11. CIMB Islamic Bank Berhad 03-62047788
12. Hong Leong Islamic Bank Berhad 03-76268899
13. HSBC Amanah Malaysia Berhad 1300-88-2626
14. Maybank Islamic Berhad 1300-88-6688
15. MBSB Bank 03-20963000
16. Public Islamic Bank Berhad 1800-22-5555
17. OCBC Al Amin Bank Berhad 03-83149310
18. RHB Islamic Bank Berhad 03-92068118
19. SME Bank 03-26037700
20. Standard Chartered Saadiq 1300-88-8888

Sumber : AIBIM (Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM)

Ada beberapa syarat-syarat yang diperlukan sebelum memohon, tetapi lain bank lain syaratnya, bergantung kepada bank masing-masing. Antara syaratnya adalah perlu sertakan sekali dengan slip gaji, pesakit covid-19 (bank tertentu), bidang yang terkesan seperti travel agency, perlu ada surat daripada majikan yang mengatakan pendapatan pekerja menurun, peniaga kedai makan atau beberapa syarat yang lain.

Post a Comment

0 Comments