Senarai Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat 2020 - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Saturday, February 29, 2020

Senarai Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat 2020

SENARAI BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2020

Dalam belanjawan 2020, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk dapat melaksanakan Skim Bantuan yang telah diperkenalkan baru-baru ini.Hal ini demikian akan dapat meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi rakyat telah menghadapi krisis kos sara hidup yang tinggi.

Berikut adalah beberapa bantuan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia :

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah salah satu langkah besar Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah rakyat. Bantuan ini adalah dalam bentuk wang tunai dan akan diagihkan melalui beberapa fasa dalam setahun. Bantuan ini akan diberikan kepada beberapa kategori penerima yang layak menerima bantuan ini.Skim bantuan ini juga layak untuk mendapatkan Skim Khairat Kematian yang dibuat di bawah Skim BSH ini.

Maklumat lanjut sila layari : https://bsh.hasil.gov.my/




2. Skim mySalam


Skim mySalam atau Skim Perlindungan Kesihatan Nasional adalah langkah inisiatif kerajaan bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada pemohon yang berpendapatan rendah (B40)

Maklumat lanjut sila layari : https://www.mysalam.com.my/b40/info/



3. Program Rebat Elektrik RM40

Program ini bertujuan untuk membantu keluarga fakir miskin dan miskin bagi membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 telah disahkan dalam sistem eKasih. Keluarga yang layak akan mendapat bil elektrik percuma sehingga RM40 pada setiap bulan. Menarik kan?

Maklumat lanjut sila layari : https://semakanrebat.mestecc.gov.my/



4. Pas Tanpa Had MyRapid

Berita baik kepada penguna pengankutan awam seperti kereta api dan bas Rapit KL.My100 & My50 merupakan pas yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari berturut-turut.

Maklumat lanjut sila layari : https://www.myrapid.com.my/fares-and-payments/frequently-asked-questions-faq/faq-unlimited-pass-my100my50



5. Bantuan Awal Persekolahan 

Berita baik kepada ibu bapa atau penjaga anak yang masih bersekolah,Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000.0 dan ke bawah.

Maklumat lanjut sila layari : https://www.moe.gov.my/index.php/bantuan-pembelajaran-menu/4936-bantuan-awal-persekolahan-bap



6. Skim i-SURI




Skim ini adalah ditujukan kepada Suri Rumah (i-SURI) yang diumumkan oleh kerajaan bagi menitikberatkan kepentingan peranan kaum hawa.Pemohon yang layak untuk memohon skim ini adalah semua yang merupakan suri rumah, ketua suri rumah dalam kalangan ibu tunggal, balu dan wanita yang belum berkahwin.

Maklumat lanjut sila layari : https://www.kwsp.gov.my/en/member/contribution/insentif-suri



7. Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40

Skim ini adalah salah satu langkah inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan untuk menampung keperluan-keperluan kesihatan bagi golongan yang berpendapatan rendah.Skim bantuan ini berfokuskan terhadap penyakit yang tidak berjangkit (NCD).Penerima BSH yang berumur 50 tahun ke atas layak menerima Skim bantuan ini.

Maklumat lanjut sila layari : https://www.pekab40.com.my/bm



Berikut adalah langkah-langkah kerajaan dengan memberikan pelbagai Skim Bantuan yang telah dibentangkan dalam bajet 2020 lalu. Hal ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban rakyat yang memerlukan dan mengharapkan akan ada lagi skim-skim baharu yang boleh dikemukakan pada masa akan datang. Diharapkan informasi ini dapat membantu anda untuk memohon skim-skim yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia tahun 2020.

No comments:

Post a Comment