Semakan Permohonan Pengambilan Temuduga PDRM / Konstabel PDRM - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Wednesday, January 22, 2020

Semakan Permohonan Pengambilan Temuduga PDRM / Konstabel PDRM


Penyemakan Permohonan Pengambilan Temuduga Polis Diraja Malaysia / Inspektor Dan Konstabel PDRM.




Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan Eksesais Temuduga Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 3 Februari 2020 seluruh Malaysia bagi calon-calon yang memohon jawatan berikut :

1. Konstabel Sokongan YT1

Temuduga bagi Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diadakan dengan mengikuti lokasi dan masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam surat panggilan calon.

Untuk membuat penyemakan status panggilan bagi menghadiri Eksesais Temuduga Polis boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di https://sso.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspx dengan cara memasukkan no kad pengenalan calon pada ruangan yang telah disediakan.

Semakan status panggilan temu duga PDRM ini boleh dibuat bermula 15 Januari 2020.

TARIKH & LOKASI EKSESAIS TEMUDUGA PDRM 2020
Lokasi dan tarikh bagi Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Lelaki dan Wanita dan Konstabel Sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2020 akan dinyatakan di dalam surat panggilan temu duga PDRM masing-masing.

Tarikh Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini akan bermula 3 Februari 2020.

BAGAIMANA MELAKUKAN SEMAKAN PENGAMBILAN PERMOHONAN TEMUDUGA PDRM?

Info yang lebih lanjut dan cara untuk mendapatkan status di Sistem Semakan Online (SSO) PDRM, sila klik pautan ini SISTEM SEMAKAN PDRM

No comments:

Post a Comment