BSH 2020: Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (Januari) - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Tuesday, January 7, 2020

BSH 2020: Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (Januari)


BSH 2020: Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (Januari)




Berikut dikongsikan cara membuat semakan BSH 2020 Fasa 1 yang akan dibayar bermula 20 Januari 2020 (Isnin).

Semakan boleh dibuat secara online melalui portal MyBSH.

Bagi pemohon Bantuan Sara Hidup berstatus GAGAL, anda boleh membuat permohonan rayuan bermula 1 Julai nanti.

Tarikh tutup permohonan rayuan adalah pada 15 Ogos 2020.

Kadar pembayaran BSH fasa 1 adalah sebanyak RM300 untuk kesemua kategori.

Kemaskini akan dibuka bermula 1 Februari nanti sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Baki untuk pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga tambahan pula bagi kategori OKU dan bujang akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.


SEMAKAN BSH 2020

Secara ringkasnya, penerima BSH dibahagikan kepada 3 kategori dan ianya dibezakan melalui pendapatan isi rumah.

Bagi penerima dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan, anda akan menerima RM1,000 ke RM1,480 (bergantung bilangan anak).



Kerajaan juga telah memberikan insentif tambahan yang berjumlah sebanyak RM120 bagi setiap orang anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

Walau bagaimanapun, kadar penambahan insentif ini dihadkan kepada 4 orang anak sahaja melainkan anak OKU tiada had yang dikenakan.

Kadar penambahan ini sudah dibayar sekaligus pada pembayaran Fasa 2 Mei lalu.

Bagi penerima yang berpendapatan RM2,001 – RM3,000, kadar bayaran BSH yang anda akan terima sekitar RM750 – RM1,230.

Bagi penerima yang berpendapatan RM3,001 – RM4,000, anda akan terima RM500 – RM980 Bantuan Sara Hidup.


Untuk mudah faham anda boleh rujuk jadual pembayaran di bawah:


Jadual pembayaran BSH 2020 akan dikemaskini nanti selepas diumumkan secara rasmi oleh Menteri Kewangan.





PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Pendaftaran BSH 2020 akan ditutup 15 Mac nanti.

Permohonan baru akan dibuka semula Februari 2020.

Bagi pembayaran BSH tahun ini, pemohon tidak perlu membuat permohonan baru 


kemaskini sekiranya:
  • Permohonan BSH 2019 lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat
  • Pemohon (OKU) bagi yang tersenarai sebagai penerima skim e-Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pemohon hanya perlu kemaskini sekiranya:
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu)
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan mengikuti syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan daripada JKM yang menepati syarat kelayakan BSH 2020
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dibuat secara online di >portal rasmi< MyBSH.

Sila layari https://bsh.hasil.gov.my untuk info lanjut.

Anda juga boleh mengemaskini atau mengisi borang permohonan BSH BK-01 yang boleh di isi di mana-mana cawangan LHDNM.

Setiap pemohon wajib mempunyai akaun bank. Hal ini kerana bagi memudahkan urusan pembayaran dibuat.

Sekiranya pemohon tidak mendaftar atau mempunyai akaun bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun bank secara automatik mengikut persetujuan ketika mengisi borang permohonan BSH 2020.

Pada pemberian fasa kedua bulan Mei yang lalu, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mewujudkan akaun sebanyak 350,000 akaun baru susulan duit BSH tidak dapat disalurkan ke akaun penerima.

Penerima yang terbabit perlu hadir ke mana-mana cawangan BSN untuk tujuan pengaktifan akaun dan pengeluaran tunai.


Berikut adalah beberapa maklumat penting tentang maklumat akaun bank Bantuan Sara Hidup 2020:


  • Untuk pemohon yang berumur 59 tahun ke bawah yang membuat permohonan atas nama suami, maklumat akaun mestilah atas nama isteri.

Maklumat akaun hanya boleh dibuat atas nama sendiri sekiranya:

  • Pemohon berstatus Kahwin bukan Warganegara atau
  • Pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak
  • Pemohon berstatus Warga Emas


BANTUAN SARA HIDUP 2020

Berikut merupakan antara beberapa sebab-sebah lain mengapa bayaran tidak dapat disalurkan ke akaun bank anda:


  • Maklumat akaun yang dilaporkan tidak tepat
  • Kad Pengenalan pemilik akaun tidak sama seperti kad pengenalan pada permohonan BSH pada tahun 2020
  • Status akaun yang dilaporkan adalah Akaun Bersama / Akaun Dormant /Akaun Tidak aktif
  • Status akaun bank tersenarai sebagai senarai hitam bank
Sekiranya perkara yang di atas ini terjadi, anda tidak perlu risau kerana Bank Simpanan Nasional (BSN) akaun membuka akaun secara automatik.

Apa yang anda perlu buat cuma hadir ke BSN untuk pengaktifan akaun.

Semakan pembukaan akaun BSN ini boleh dibuat di LHDNM.

Surat makluman permohonan akan dipos terus ke alamat yang sudah didaftarkan.


SYARAT KELAYAKAN MYBSH 2020

  • Berikut adalah syarat-syarat permohonan BSH yang terkini
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan yang berwarganegara Malaysia (MyKad) atau mempunyai pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)

Hubungan anak mestilah:


  • Anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU

Selain daripada Bantuan Sara Hidup (BSH), Kerajaan juga turut memperkenalkan dua lagi skim bantuan tambahan kepada penerima BSH iaitu skim PeKa B40 dan skim mySalam.

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung kos keperluan kesihatan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik akan layak menyertai PeKa B40.

Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.

1 comment: