Cara Membuat Semakan Pembayaran Pindaan Amaun & Maklumat i-Sinar Yang Dibuat Pada 8 Mac 2021



Baru-baru ini, pihak daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tentang pemansuhan kriteria kelayakan i-Sinar dan jumlah pindaan amaun yang boleh diubah bermula pada 8 Mac 2021. 

Hal ini berlaku berikutan ramai pemohon yang mengadu tentang kesilapan mereka apabila menetapkan jumlah pengeluaran i-Sinar.

Oleh itu, pihak daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberikan kelonggaran kepada pemohon dimana mereka boleh membuat perubahan maklumat akaun bermula pada 8 Mac 2021.

KEMASKINI MAKLUMAT PENGELUARAN I-SINAR

Baca dengan teliti sebelum membuat sebarang perubahan maklumat pengeluaran.
  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
  4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun:
  • Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
  • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
  • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat
Pihak KWSP juga memberikan kelonggaran bagi mereka yang ingin merubah perkara seperti Jumlah Akaun, Maklumat Akaun Bank, Alamat, Nombor Telefon & Mod Pembayaran i-Sinar.


CARA MEMBUAT SEMAKAN PEMBAYARAN I-SINAR KWSP

Berikut adalah cara untuk membuat semakan setelah mengubah maklumat pembayaran pada 8 Mac 2021.
  1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP iaitu https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukan Mykad dan Password anda.
  3. Klik pada "Withdrawl".
  4. Pilih "Withdrawl History".
  5. Pilih "i-Sinar".
  6. Maklumat berkenaan Tarikh pembayaran akan dinyatakan
MAKLUMAT LANJUT 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, sila hubungi talian HOTLINE khas i-Sinar di talian 03-89224848.

Semoga info ini bermanfaat kepada setiap pembaca dan jangan lupa untuk share artikel ini ke media sosial anda. Terima kasih!

Post a Comment

1 Comments

  1. Knapa sampai skarang tiada maklum blas mngenai pindaan amaun saya?????

    ReplyDelete