BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA 3 JULAI 2020



Bayaran BSH fasa 3 kali ini dijangka akan dibayar bulan Julai 2020.

Ingin dimaklumankan, pembayaran fasa 2 BSH telah dilaksanakan pada 16 Mac lepas.

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan menerima bayaran sebanyak RM3000 yang akan dibayar bermula pada 15 Jun 2020.

Baca : LHDN : Cara Membuat Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Dibuka 3 Jun - 15 Jun 2020.

Bagi membuat penyemakan status BSH, anda boleh melakukan penyemakan di portal rasmi BSH. Berikut merupakan contoh status pembayaran :

  • Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status






Berita baik, setiap penerima akan mendapat tambahan RM100 secara tunai dan e-tunai sebanyak RM50 yang boleh ditebus di Touch n Go eWallet.

Tambahan RM100 ini adalah insentif yang diumumkan ketika kerajaan interim Tun Mahathir. Kerajaan PN memperluas bantuan menerusi BPN dan GKP.

Bantuan Sara Hidup BSH telah diumumkan melalui pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.



Ini adalah salah satu langkah inisiatif kerajaan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik akibat penularan Wabak Covid-19.

PEMBAYARAN BSH FASA 3 JULAI 2020

Pembayaran BSH fasa 1 telah dilaksanakan pada Januari 2020. Baki bayaran pula akan dibayar di fasa 2 yang di awalkan pada bulan Mac.

Bagi pembayaran BSH fasa 3 Julai 2020, tarikh pembayaran masih belum diumumkan namun dijangkakan akan dibayar pada bulan Ogos apabila kerajaan telah memberikan dana tambahan yang berjumlah RM150 bagi setiap penerima BSH.

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI

Bagi permohonan baru, anda boleh lakukan di portal rasmi atau secara terus ke kuanter LHDN yang berdekatan bermula pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.




Kemaskini boleh dibuat jika terdapat sebarang perubahan maklumat seperti berikut :

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
SKIM MYSALAM & PEKAB40 

Bagi penerima BSH, anda juga layak menerima Skim Perlindungan Mysalam dan Skim Peduli kesihatan Peka B40. Bantuan ini adalah kepada penerima BSH sahaja. Bantuan ini tidak terpakai buat penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari portal rasmi mereka di sini.