Biasiswa Pendidikan Senheng (SEA) Untuk Bakal Pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Kini Dibuka, Mohon Sekarang!

Ingin saya maklumkan bahawa Program Bantuan Biasiswa Pendidkan Senheng atau lebih dikenali sebagai SEA kini sudah mula dibuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di dalam peringkat Sarjana (Master) dan juga Ijazah Sarjana Muda (Degree).

Tujuan program SEA ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar diluar sana yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian mereka ke menara gading.

Sebanyak RM20,000 jumlah bantuan yang akan diperolehi oleh para penerima Bantuan Pendidikan Senheng dan akan diambil bekerja oleh pihak Senheng itu sendiri selepas tamat pengajian kelak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantuan ini, anda diminta untuk mengikuti perkongsian kami ini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sebelum 31 Julai 2022 (tarikh tutup), calon diminta untuk mengemukakan permohonan mereka.

KELEBIHAN BANTUAN PENDIDIKAN SEA (SENHENG)

Berikut merupakan diantara kelebihan yang bakal dinikmati oleh para penerima Bantuan Pendidikan Senheng:
  • Peluang bekerja bersama Senheng selama 3 tahun selepas tamat pengajian.
  • Tawaran bekerja sebagai pelatih di Senheng semasa cuti semester.
  • Bantuan pendidikan bernilai RM 20,000.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh calon yang ingin membuat permohonan:
  • Pemohon hendaklah memilih kursus pengajian dan juga Institut Pengajian yang telah dihadkan oleh Senheng seperti yang telah tersenarai dalam borang permohonan.
  • Pemohon perlulah menunjukkan pencapaian yang terbaik dalam aktiviti korikulum tambahan dan/atau penyertaan dalam aktiviti sukarelawan.
  • Pendapatan tahunan isi rumah pemohon mestilah tidak melebihi RM 50,000.
  • Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun.
  • Calon mestilah memiliki rekod akademik yang baik.

LANGKAH UNTUK MEMOHON BIASISIWA PENDIDIKAN SENHENG

Kepada calon yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini, anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman sesawang yang berikut:

DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI

Antara dokumen yang perlu disediakan oleh calon adalah seperti yang berikut:
  • Sebarang dokumen sokongan, surat pengesyoran dan sijil pencapaian yang boleh memberikan kelebihan kepada permohonan calon.
  • Sijil SPM dan Diploma/Pra-Universiti (bagi pemohon Ijazah Sarjana Muda) dan Ijazah (untuk pemohon Sarjana).
  • Salinan kad pengenalan pemohon bahagian depan dan juga belakang.
  • Bukti pendapatan bagi kedua ibu bapa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh melayari laman sesawang yang berikut:

Post a Comment

0 Comments