Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Tanpa Syarat 2021



I-SINAR TANPA SYARAT

Berita baik bagi pemohon i-Sinar, kriteria kelayakan bagi permohonan pengeluaran i-Sinar akan dimansuhkan tidak lama lagi.

Menurut kenyataan daripada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemansuhan kriteria kelayakan adalah saranan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira keluhan dan maklum balas daripada rakyat yang ingin mengeluarkan duit daripada simpanan mereka akibat berlakunya penularan wabak Covid-19 yang melanda Malaysia sejak tahun lalu lagi.

Dengan pemansuhan kriteria kelayakan i-Sinar ini, kerajaan berharap agar rakyat dapat memanfaatkan inisiatif ini dengan benda yang berfaedah untuk dapat mengharungi dan meneruskan kehidupan seharian.

TARIKH PEMBAYARAN

Menurut kenyataan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di laman Facebook mereka, KWSP mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran bermula pada 2 Mac 2021.

Permohonan baharu bagi pengeluaran i-Sinar tanpa kriteria kelayakan akan dibuka bermula pada 8 Mac 2021. Permohonan akan dibuka kepada semua ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah. Pengeluaran adalah tertakhluk kepada baki akaun 1 pemohon.

Pemohon juga akan diberikan kelonggaran bagi membuat pindaan pada butiran permohonan bermula pada 8 Mac 2021. Sebagai contoh, jumlah yang dipohon, alamat, maklumat bank, nombor telefon dan mod bayaran menerusi laman i-Sinar Online.


JUMLAH PENGELUARAN I-SINAR

Jumlah pengeluaran i-Sinar akan kekal seperti sebelum ini. Rujuk maklumat berikut:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Untuk makluman semua, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang i-Sinar, anda boleh menghubungi di HOTLINE 03-8922 4848.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca.

Post a Comment

1 Comments

  1. saya membuat pindaan tapi masih belum dapat lagi duit...
    kalai ikot kan dulu 14/01 da dpt untuk pertama kali.. sekrg tidak menerima pembayaran bagi pindaan kwsp...
    sy tidak mempunyai i akaun.. kerana sini tidak dapat untuk pergi ke cawangan kwsp untuk mendpt kn id sementara

    ReplyDelete