Anwar Ibrahim "Kerajaan Muhyiddin Jatuh", Anwar Umum Mendapat Sokongan 'Kukuh', 'Meyakinkan' - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Wednesday, September 23, 2020

Anwar Ibrahim "Kerajaan Muhyiddin Jatuh", Anwar Umum Mendapat Sokongan 'Kukuh', 'Meyakinkan'


Anwar Ibrahim, Presiden PKR menyatakan bahawa mereka mendapat sokongan dan majoriti yang kukuh serta meyakinkan daripada ahli parlimen untuk dipersembahkan kepada agong.

Beliau berkata "pada saat ini, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh" dan akan menghadap agong dalam masa yang terdekat.

“Sudah tentu ini pakatan baharu…saya perlu bincang dengan rakan baharu, termasuk rakan baharu yang kuat itu,” katanya.

Ditanya pemberita adakah parti Dr Mahathir Mohamad, Pejuang, dalam sokongan yang dikatakan ini, Anwar jawab: “Belum”.

Katanya, butiran untuk media hanya akan dimaklumkan selepas ia dipersembahkan kepada Agong.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, BN mempunyai 43 wakil rakyat, PPBM (31), PAS (18), GPS (18), PBS (1), dan STAR (1).

Di samping itu, PH mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan (9), dan PSB (2).

Enam ahli Parlimen membentuk kumpulan penyokong Mahathir, dan seorang wakil rakyat Bebas.








No comments:

Post a Comment