Tarikh Membuat Permohonan Rayuan BSH Fasa 3 Bermula Pada 7 Ogos 2020 Sehingga 6 September 2020 - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Thursday, July 23, 2020

Tarikh Membuat Permohonan Rayuan BSH Fasa 3 Bermula Pada 7 Ogos 2020 Sehingga 6 September 2020


TARIKH RAYUAN BSH FASA 3 2020

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ke 3 telah dilaksanakan pada 24 Julai yang lalu.

Kepada sesiapa yang tidak layak untuk bantuan ini, permohonan rayuan akan dibuka bermula pada 7 Ogos sehingga 6 September 2020. 

Rayuan boleh dibuat di portal rasmi BSH Hasil atau secara terus ke cawangan-cawangan LHDNM yang berdekatan dengan lokasi pemohon.

Baca perkara di bawah untuk mengetahui tentang proses rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 

Berikut adalah sebab-sebab pemohon tidak layak Bantuan Sara Hidup (BSH) :

  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
SEMAKAN KELULUSAN BSH 

Anda perlu layari Portal BSH dan masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan kelulusan.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BSH :

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan dengan anak mestilah :

  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU
Untuk sebarang pertanyaan, sila layari FAQ untuk Rayuan BSH rasmi. 

4 comments: