PERMOHONAN RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2020



Kepada permohonan Bantuan Geran Khas Prihatin yang tidak LULUS, anda boleh mengemukakan permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) semula bermula pada 3 Jun Sehingga 15 Jun 2020. 

Permohonan secara manual seperti terus ke cawangan LHDN berdekatan adalah tidak dibuka.

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN 

Anda hendalah memuat naik dokumen yang menyokong bagi setiap kategori KOD alasan tidak lulus. Berikut adalah 7 alasan permohonan GKP tidak lulus :

  • Pekerja melebihi 4 orang
  • Tiada pendapatan - perniagaan dianggap tidak aktif
  • Jualan melebihi RM300,000
  • VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pasangan telah lulus
  • Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT





Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

Berikut adalah sebab-sebab permohonan GKP anda tidak lulus. Oleh itu, anda perlu menghantar dokumen sokongan seperti di jadual di bawah :


Baca dengan teliti dan pahami dengan syarat dokumen yang telah ditetapkan oleh LHDNM sebelum melakukan proses memuat naik dokumen.


Untuk permohonan rayuan ini, anda hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan dan tidak melebihi 2MB bagi setiap dokumen. Format untuk memuat naik dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG.

Anda tidak dibenarkan untuk membuat rayuan semula, jika situasi anda :
  • Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  • Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  • Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020
  • Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.



Jika anda ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan Geran Khas Prihatin RM 3000 untuk PKS ini, anda boleh menghubungi talian LHDNM di Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).