SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKSS 3.0

Merujuk kepada Kerajaan Sarawak akan memberikan bayaran tunai secara one-off iaitu bayaran sekali sebanyak RM500 untuk 377,806 warganegara Malaysia yang bujang dan berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Dan kepada isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS fasa pertama akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.


CARA MEMBUAT PENYEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS 3.0 BAGI ISI RUMAH & BUJANG MULAI 15 JUN

Berikut adalah perkongsian maklumat berkenaan dengan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 termasuk jumlah bayaran, pemaparan tarikh dan aplikasi semakan :
Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one.

Tarikh Semakan : Mulai 15 Jun 2020



TARIKH PEMBAYARAN BKSS 3.0

JUMLAH BAYARAN BKSS 3.0
  • Bantuan sebanyak RM500 itu akan diberi sekali sahaja kepada warganegara Malaysia yang bujang dan layak untuk memohon.
  • Bantuan sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada ketua isi rumah yang layak.

SEMAK STATUS BKSS 3.0 SECARA ONLINE

Keputusan rayuan yang telah dibuat akan dimaklumkan kepada mereka yang layak selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut:

1. Semakan status boleh dibuat secara online di laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘Submit’.

Nota :

i. Bagi yang mempunyai telefon bimbit, keputusan akan dimaklumkan secara SMS.

ii. Boleh semak di Pejabat Daerah berdekatan.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 3.0

A. Individu Bujang

1. Kepada mereka yang mempunyai akaun bank berdaftar seperti LHDN, bayaran akan dimasukkan secara terus ke akaun bank penerima yang layak.

2. Dan kepada yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar
dengan LHDN, bayaran secara tunai akan diberi secara bersemuka dan perlu dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
di seluruh negeri Sarawak.

B. Isi Rumah B40

1. Jikalau ada akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran
RM250 setiap bulan sebanyak selama 6 bulan mulai 15 Jun 2020.
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank.

2. Kalau tidak ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, RM750 dibayar secara tunai bermula 17 Jun 2020 dan RM750 lagi dibayar bermula 17 Julai 2020. Bantuan tersebut boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di seluruh Sarawak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS 3.0, sila hubungi di talian 082-555-999 atau e-mel ke 555999@sarawak.gov.my